Dalam suatu perjalanan hidup, cita-cita terbesar adalah menuju kesempurnaan. Ada kalanya kita mesti berjuang untuk belajar menyingkap segala rahsia kehidupan.
Perjalanan
menuju kesempurnaan adalah proses yang menentukan setiap tapak langkah kita.
Setiap hembusan nafas, detik jantung kita, dari siang menuju ke malam. Semua
menuju titik yang sama,iaitu sebuah kesempurnaan.
Setiap
insan mempunyai hak yang sama pada waktu. Tidak ada seorangpun melebihi, dan
tidak seorang pun yang berkurang dari yang lain. Namun, seringkali kita berbeza
dalam menentukan sikap dan hala tuju masing-masing. Ada yang berjuang untuk
melaluinya dengan membunuh waktu. Ada yang berjuang dengan tenang dan
bahagia.Ada juga yang sampai di tengah jalan, dan akhirnya hanyut dibawa arus
dunia.Malangnya,tiada pula yang merasakan sempitnya kesempatan yang dia ada.
Apa
rahsia terbesar dalam hidup ini? Melewati hari ini dengan penuh makna? Atau
terus menurut kehendak dunia? Atau mungkin cuba untuk pertahankan kehidupan
dunia? Bagaimana menjadikan kehidupan ini lebih bermakna? Walaupun ianya
bersifat sementara..Namun, ia tetap bermakna..Makna tentang cinta, ilmu dan
iman.Kerana, Dengan cinta hidup
menjadi indah. Dengan ilmu hidup menjadi mudah. Dan dengan iman hidup menjadi
terarah.
Walaupun kehidupan ini bersifat sementara, namun, kita harus terus berjuang demi memperoleh kebaikan di pengakhiran hidup ini..~^_T~
http://safruddin.wordpress.com/2008/03/31/perjalanan-hidup/
HAYATILAH...
~DEVOTEES: BERJALAN TANPA HENTI~
http://safruddin.wordpress.com/2008/03/31/perjalanan-hidup/
HAYATILAH...
No comments:
Post a Comment