Saturday, 12 May 2012

~(*_*) BERSABARLAH WAHAI HATI (*_*)~ ~UjiAn mEmAtAngkAn kEhiDupAn~

"Ya Allah, jika segala kesusahan dan keperitan ini mendekatkan aku dengan-Mu, janganlah engkau mengurniakan aku kesenangan dan kemudahan kerana aku takut aku akan jauh dari-Mu lantaran kelalaian dan kealpaanku."

kehidupan..jika sentiasa bahagia..bagaimana kita ingin tahu nikmatnya hidup,,

Kehidupan ini merupakan permainan dalam pelbagai adegan yang mencabar, oleh itu tidah hairanlah jika kita sering diuji dengan berbagai-bagai ujian dari Maha Pencipta. Tanpa kita sedari, ujian yang didatangkan itu sebenarnya kadang-kadang merupakan satu peringatan di atas kelalaian ataupun satu hukuman disebabkan kesalahan kita sendiri. Mungkin juga semata-mata  untuk menduga tahap kesabaran dan keimanan kita. Kita diuji dengan sesuatu yang kita mampu hadapi kerana Allah mengetahui kemampuan dan keterbatasan kita terhadap sesuatu yg ujian itu.





Sesetengah orang diuji dengan harta kekayaan, kemewahan dan kesenangan. Manakala, sebahagian yang lain diuji dengan kesusahan, kedaifan dan kesulitan. Ada juga sesetengah yang lain lagi diuji dengan penyakit, masalah keluarga, masalah sahabat, dan pelbagai lagi bentuk ujian. Namun, walau seteruk mana pun ujian yang dihadapi, semua itu hanya satu tujuannya iaitu untuk mengukur sejauhmana kita bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan.


Dalam pelbagai bentuk ujian tersebut, terselit satu persamaan iaitu bersyukur. Jika kita diuji dengan segala macam kesenangan nikmat duniawi kita perlu bersyukur. Begitu juga jika kita diuji dengan segala ketidakcukupan duniawi, kita juga perlu bersyukur. Ini kerana, apabila terujinya seseorang hamba, maka segala mehnah dari-Nya itu adalah sebagai penghapus dosa yang menggantikan hukuman di akhirat kelak.


Kesimpulannya, walau apa juga ujian yang diberikan kepada kita, baik hidup senang atau susah, kita hendaklah bersyukur. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui segala-galanya tentang hamba ciptaan-Nya dan Dia tidak membebani kita melainkan dengan beban yang mampu ditanggung oleh kita.






No comments:

Post a Comment